Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Budaya Sekolah
Peranan
Kurikulum
Kokurikulum
Strategi
Perbincangan
Info Lanjut

Tugas Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

bullet

Menyelaras segala Dasar Kurikulum Sekolah. Menjadi Pengerusi Panitia mata pelajaran, menjadi  AJK jawatankuasa kurikulum sekolah.

 

bullet

 Pastikan sukatan pelajaran yang diterima betul dan mengedarkan kepada semua anggota panitia. Menentukan panitia matapelajaran berfungsi dengan berkesan.

 

bullet

Mengetuai panitia merangka Rancangan Pengajaran Mingguan dan Penggalan. Menetapkan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tersebut.

 

bullet

Menyediakan minit mesyuarat Panitia bertaip untuk diedar dan tindakan tiap-tiap ahli panitia dengan salinan kepada Pengetua, GPK 1, GPK HEM, GPKKB dan JKS.

 

bullet

Adakan pembahagian tugas di antara anggota panitia. Contoh: Setiausaha pembuat soalan peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

 

bullet

Merangka Takwim panitia setahun mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun, kursus dalaman dan lain-lain.

 

bullet

Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.

 

bullet

Menyediakan senarai barang-barang yang perlu mengikut keutamaan untuk dikemukakan dalam mesyuarat JKS. (Semua pembelian barang mesti diluluskan oleh pengetua dan pengetua hanya akan mempertimbangkan barang yang tercatat dalam minit mesyuarat sahaja. Pembelian terus daripada penjual tidak digalakkan. 

 

bullet

Berusaha menambah ABM dam memastikan penggunaan yang berkesan. Memastikan Pusat Sumber diurus dengan sempurna dan dapat membantu program peningkatan akademik.

 

bullet

Merngumpul soalan-soalan dan item penting untuk disimpan oleh pihak bank soalan.

 

bullet

Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik. Membuat laporan kerja guru dalam panitianya.

 

bullet

Memberi bimbingan kepada guru baru tentang pengajaran, rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.

 

bullet

Membantu dalam pengurusan, penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Bengkel dan Makmal.

 

bullet

Menentukan perlaksanaan KBSM dan PKBSM dalam pembelajaran dan pengajaran.

 

bullet

Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek Prestasi PMR, Projek prestasi SPM dan Program Pra-Universiti.

 

bullet

Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia pelajaran.

 

bullet

Memastikan ujian prestasi dan peperiksaan penggal berjalan seperti yang dijadualkan.

 

bullet

Memastikan soalan-soalan peperiksaan yang disediakan bagi setiap mata pelajaran berformatkan peperiksaan , mematuhi arahan dan larangan kementerian pendidikan , disemak dan disahkan oleh Ketua Bidang masing-masing.

 

bullet

Memastikan tiada penyelewengan seperti meniru dalam peperiksaan supaya keputusan ujian dan peperiksaan adalah sah dan boleh mengukur pencapaian sebenar pelajar.

 

bullet

Mengenal pasti kelemahan , selepas setiap peperiksaan untuk program pemulihan . Program di atur dan disempurnakan oleh Setiausaha MP Tingkatan.

 

Home | Pengenalan | Budaya Sekolah | Peranan | Kurikulum | Kokurikulum | Strategi | Perbincangan | Info Lanjut

 Hak Cipta terpelihara.
Untuk maklumat lebih lanjut sila berhubung ke [sgpc@yahoo.com].
Dikemaskini: Wednesday, 29. March 2006 05:39:23 PM +0800.